Ia dekat, tapi jauh.. walaupun blog ini hanya depan mata, dengan sekali ‘klik’ aku mampu paparkan segalanya dalam blog aku, tapi ia seolah2 jauh untuk ku santuninya.. jauh kerana mungkin aku tiada masa buatnya.. bukan 'tiada masa', aku pasti masa yg aku ade sememangnya sama dengan yg lain, 24 jam dalam sehari, 60 minit untuk sejam, dan 60 saat untuk seminit.. tapi ‘rezeki masa’ itu yg pastinya berbeza..
.
Hari ini, aku mampu untuk bangun pagi seawal 4.30 pagi untuk menikmati hari, tetapi ade org masih lagi di rezeki kan mimpi yg indah2 oleh Allah.. dan ade pula yg mampu bangun awal, tetapi termenung, termanggu2 tidak tahu melakukan ape2.. atau kemungkinan terlantar sakit.. itulah rezeki.. tapi aku suka untuk simbolikkan itu sebagai ‘rezeki masa’, yakni rezeki yg dinikmati berkadaran dgn masa.. ibaratnya macam fungsi matematik F(x)=Cx (C adalah pemalar), ianya hanya ade nilai jika x itu bernilai, kalau besar nilai x, maka besar pula nilai F, oleh itu dikatakan bahawa fungsi F itu berkadaran dengan x.. yang mana F itulah rezeki dan x itulah masa.. dan C itu faktor yang membezakan setiap individu, bergantung kepada berapa hebat usahanya dalam memerolehi nikmat, dan berapa hebat syukurnya akan nikmat yang diperolehi.. dan fungsi F(x) itu pula berubah2.. aku rasa tak wajar untuk aku rumitkannya dalam entri kali ini..
.
Kembali semula pada skop perbincangan.. aku tak berapa pasti di mana aku patut bermula, untuk menyambung entri yg lama, ia terlampau ‘dulu’ bagiku, untuk menceritakan yg sekarang, ia terlampau ‘kini’ buatku, dan di tengah2 antara kedua2nya inilah yg aku katekan tadi, ‘fungsi masa’ menjadi kompleks dan memberi nilai sifar untuk ruangan masa ku menulis blog.. oleh itu, suka untuk aku mulakan dengan permintaan MAAF kepada yg membaca, terutama buat isteri tercinta, dan rakan2 (kalau ada lah yang membaca).. dan juga kepada blogger, kerana sifat hangat2 tahi ayam yg telah aku tunjukkan.. TERIMA KASIH juga buat isteri ku yg memberi dorongan untuk aku mulakan semula blog ini.. dan juga org yg menguruskan blog, kerana tidak memansuhkan blog ku ini..
.
Mungkin entri kali ini lebih berkehendakkan aku menarik rambut di dalam tepung, rambut janganlah diputuskan, dan tepung pula tidaklah terserakkan.. ibarat jambatan agar entri yg lama masih ade relevannya dan entri yang baru ada pula kesinambungannya..
.
Untuk itu, biarlah aku habiskan sedikit kisah berkenaan visa, walaupun hakikatnya aku berhajatkan ia dapat memberi sedikit gambaran kepada yg akan membuat visa pada ketika itu, tetapi nampaknya visa yg baru disyorkan awal tahun 2009 ini seolah2nya lebih ‘mencabar’ dari yang dulu.. berkemungkinan ia berlainan sedikit dari apa yg pernah aku ceritakan.. tapi yang pastinya, pengajarannya tetap sama, perlulah mempersiapkan diri, fizikal, mental, emosi dan rohani, sebelum niat untuk membuat visa disematkan dalam hati..
.
Selepas aku melepaskan tangan pada segala yg bersangkutan dgn permohonan visa pada waktu itu, tumpuan ku mula untuk mengesan sejauh mana progres visa itu telah berjaya.. walaupun ade tersedia system yg dinamakan ‘tracking your visa online’, tapi jawapan yang terpapar hanyalah ‘sudah berjaya’ atau ‘belum’, tidaklah sangat menghilangkan keresahan menantikan keputusan.. dan seperti biasa, terkeluarlah cerita2 lama dari para senior, cerita yg tidak sedap didengar dalam tempoh penantian itu, berkenaan kegagalan beberapa individu untuk mendapatkan visa, entah sahih entah tidak, hanya bersumberkan ‘ada orang cerita’, ‘kawan si polan si polan tu kata’..
.
Puas jugak aku berhempas pulas dgn perasaan takut dan berharap.. kalau ianya tidak berjaya, pasti aku terpaksa menangguhkan pemergian ke UK kerana waktu ketika itu sudah sangat suntuk, lalu berhadapan dengan rakan2, saudara-mara, juga pelajar2 yg memang dah tahu yg aku akan ke luar negara, pasti sangat sukar menempuh situasi itu.. dipendekkan cerita (kerana debar cerita ini sudah tiada disebabkan kesudahannya telah pun diketahui), setelah aku membuat panggilan ke British Council menanyakan status visa, aku dipelawa untuk datang ke sana untuk mengambilnya sendiri, walaupun aku ada opsyen lain untuk meminta agar visa itu di poskan.. kerana bimbang risiko penghantaran pos, kebetulan pula aku memang perlu ke Putrajaya untuk menerima biasiswa SLAI ketika itu, aku putuskan untuk ke KL.. dan alhamdulillah segalanya berjalan seperti yang dirancang dan diizinkan Ilahi..
.
Kini debaran tiba di ambang persiapan akhir aku sebelum ke UK.. perkara pokok yang perlu diselesaikan ialah, pemindahan barang2, walaupun aku akur tentang payahnya orang berpindah rumah, tetapi yang kali ini pada aku lebih sukar, kerana aku perlu mengosongkan rumah, benda yang ada hendak ditiadakan, bukankah itu lebih sukar daripada benda yang perlu dialihkan (pindah)?.. menghadaplah aku ke rumah orang tua ku, jua ke rumah mertua ku, menjenguk mana ruang yang agak kosong, lalu memohon izin agar ditumpangkan barang2, jua ke rumah adik beradik ku, melepaskan barang2 yang aku rase boleh dimanfaatkan oleh mereka jua keluarga mereka.. terima kasih pada semua, atas bantuan dan kesudian.. moga Allah jua yang membalasnya..
.
Sekali lagi aku pendekkan kisah ini, walaupun perihal mengosongkan rumah itu berlarutan hingga ke saat2 akhir kebarangkatan ku ke London, tapi biarlah aku alihkan sedikit cerita ini pada perkara yang enak untuk dikisahkan.. bulan Ramadhan 1429H merupakan penghujung masa sebelum aku berangkat ke perantauan, sempat aku mohon untuk menangguhkan pendaftaran di Imperial kerana ingin merasai sedikit nikmat raya.. terima kasih kepada penyelia PhD ku kerana member izin.. sempatlah aku beraya dalam tempoh seminggu, sambil memanjangkan khabar untuk ke luar negara selama 3 tahun..
.
Pada hari raya ke-enam, berangkatlah aku, isteri dan anak, ke KLIA untuk penerbangan MAS yang akan berlepas jam 1030.. kedua2 belah keluarga ada bersama, untuk menyampaikan mesej ‘kasih sayang’, walaupun ia hanya dengan ucapan ‘selamat berangkat’, tapi aku pasti masing2 memendamkan rasa sebak akan kehilangan kami untuk beberapa ketika.. untuk itu, aku dan isteri bertambah2lah lagi sebaknya, kerana kamilah yang menjadi ‘subjek’nya.. tetapi sebak itu kadangkala diganggu juga dengan perasaan risau akan pengalaman baru yang bakal dialbumkan di UK nanti.. .Selamat tinggal semua, doakan perjalanan kami ke sana.. pemergian kami ini bermatlamat, maka doakanlah juga agar matlamat itu meniringi kami pergi dan pulang nanti.. salam dan pelukan mengakhiri salam perpisahan kami ketika itu..
.
Alhamdulillah, pejam celik, sudah 9 bulan kami disini.. walaupun banyak pengalaman yg telah dikoleksikan, tetapi untuk disirikan ke dalam entri ini, belum ada yang termampu diusahakan.. insyaAllah, azam ku dalam memastikan blog ini sentiasa dalam pengemaskinian yang baik, telah pun aku paterikan beberapa hari lalu.. doakan ianya berterusan.. dan doakan agar isinya mampu dimanfaatkan.. memang singkat pemikiran kita untuk menentukan pada siapa yang blog ini bakal termanfaat, tetapi aku yakin pada setiap yang baik itu pasti ada pemberi dan penerimanya..
.
Salam perantauan buat semua yang dirindui..
.
Ahad, 12 Julai 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan