Pejam celik pejam celik, rupanya dah seminggu aku berada di bulan Syawal. Secara tidak langsung, genap setahun sudah aku meninggalkan tanah air, kerana seingat aku, penerbangan ku ke sini dahulu adalah pada hari raya keenam. Pantas benar masa berlari.Tapi yang pasti, ia merupakan satu catatan yang sangat penting dalam hidup aku, pertama kali beraya di perantauan. Walaupun kadangkala terasa sebak juga, namun ketabahan diri lebih menguasai ruang perasaan kerana yang diperjuangkan di sini (PhD), masih lagi dalam kesamaran. Sedikit sebanyak kerisauan akan PhD menutup sejenak pintu2 agar kenangan2 beraya di kampung tidak asyik bertandang.
.
Buat isteri ku yang tersayang, aku mohon maaf kerana terpaksa membawanya bersama berjuang di perantauan bersama ku. Aku pasti perasaan rindunya untuk beraya di kampung pasti membuak2, namun dipendam sedalam2nya. Terus terang aku kagum dengan ketabahannya berjauhan dengan keluarga di hari yang bahagia ini. Ucapan terima kasih jua buat keluarga di kampung yang turut memeriahkan perayaan aku dan keluarga di sini dengan kiriman kuih2 raya, baju raya, sambal kering ikan bilis.. sedikit sebanyak terubat jua rindu akan perayaan Eid di tanah air yang ditinggalkan.
.
Bersempena raya ini juga, ramai kawan2 di sini yang menganjurkan rumah terbuka. Alhamdulillah, dapat juga menjamah ketupat, rendang, lemang, soto, nasi beriyani, nasi dagang, laksa, dan sebagainya. Terima kasih pada semua yang sudi menjemput. Ramai juga yang menanyakan perihal rumah terbuka kami, cuma setakat ini aku dan isteri masih tidak punya kekuatan untuk membalas rumah2 terbuka tersebut. InsyaAllah di lain ketika akan kami balas juga.
.
Berkebetulan pula sebelum beberapa hari menjelang hari raya, kami menguruskan perpindahan rumah. Kesibukan mengemas kadang kala sehingga terbawa2 hingga ke hari raya. Banyak perkara masih belum aku selesaikan terutama sekali berkaitan perpindahan perkhidmatan internet yang sangat2 diperlukan untuk berhubung dengan keluarga tercinta nun jauh di sana. Aku mohon maaf pada keluarga dan sahabat handai, kerana keterbatasan tanpa internet ini, kami tak dapat untuk menghubungi kalian, tak mampu untuk mengemaskini gambar2 beraya di sini, dan tidak sembat membalas mesej dan komen2 yang bertalu2 di Friendster mahupun Facebook. Moga sedikit hari lagi, segalanya dapat diselesaikan, insyaAllah.
.
Aku mengambil kesempatan yang singkat ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfiri buat semua.. ayah, mak, along, angah, ano, jiah, deris, anas, luqman.. umi, aki, daklong, dakbang, dakwi, dakqebal, epa, pujah.. semua anak2 buah.. rakan2 seperjuangan di universiti.. sahabat2 handai yang mengenali aku.. dan tidak terkecuali untuk semua muslimin dan muslimat.
.
Isnin, 28 September 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan