Pejam celik pejam celik, rupanya dah seminggu aku berada di bulan Syawal. Secara tidak langsung, genap setahun sudah aku meninggalkan tanah air, kerana seingat aku, penerbangan ku ke sini dahulu adalah pada hari raya keenam. Pantas benar masa berlari.Tapi yang pasti, ia merupakan satu catatan yang sangat penting dalam hidup aku, pertama kali beraya di perantauan. Walaupun kadangkala terasa sebak juga, namun ketabahan diri lebih menguasai ruang perasaan kerana yang diperjuangkan di sini (PhD), masih lagi dalam kesamaran. Sedikit sebanyak kerisauan akan PhD menutup sejenak pintu2 agar kenangan2 beraya di kampung tidak asyik bertandang.
.
Buat isteri ku yang tersayang, aku mohon maaf kerana terpaksa membawanya bersama berjuang di perantauan bersama ku. Aku pasti perasaan rindunya untuk beraya di kampung pasti membuak2, namun dipendam sedalam2nya. Terus terang aku kagum dengan ketabahannya berjauhan dengan keluarga di hari yang bahagia ini. Ucapan terima kasih jua buat keluarga di kampung yang turut memeriahkan perayaan aku dan keluarga di sini dengan kiriman kuih2 raya, baju raya, sambal kering ikan bilis.. sedikit sebanyak terubat jua rindu akan perayaan Eid di tanah air yang ditinggalkan.
.
Bersempena raya ini juga, ramai kawan2 di sini yang menganjurkan rumah terbuka. Alhamdulillah, dapat juga menjamah ketupat, rendang, lemang, soto, nasi beriyani, nasi dagang, laksa, dan sebagainya. Terima kasih pada semua yang sudi menjemput. Ramai juga yang menanyakan perihal rumah terbuka kami, cuma setakat ini aku dan isteri masih tidak punya kekuatan untuk membalas rumah2 terbuka tersebut. InsyaAllah di lain ketika akan kami balas juga.
.
Berkebetulan pula sebelum beberapa hari menjelang hari raya, kami menguruskan perpindahan rumah. Kesibukan mengemas kadang kala sehingga terbawa2 hingga ke hari raya. Banyak perkara masih belum aku selesaikan terutama sekali berkaitan perpindahan perkhidmatan internet yang sangat2 diperlukan untuk berhubung dengan keluarga tercinta nun jauh di sana. Aku mohon maaf pada keluarga dan sahabat handai, kerana keterbatasan tanpa internet ini, kami tak dapat untuk menghubungi kalian, tak mampu untuk mengemaskini gambar2 beraya di sini, dan tidak sembat membalas mesej dan komen2 yang bertalu2 di Friendster mahupun Facebook. Moga sedikit hari lagi, segalanya dapat diselesaikan, insyaAllah.
.
Aku mengambil kesempatan yang singkat ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfiri buat semua.. ayah, mak, along, angah, ano, jiah, deris, anas, luqman.. umi, aki, daklong, dakbang, dakwi, dakqebal, epa, pujah.. semua anak2 buah.. rakan2 seperjuangan di universiti.. sahabat2 handai yang mengenali aku.. dan tidak terkecuali untuk semua muslimin dan muslimat.
.
Isnin, 28 September 2009
Khamis, 3 September 2009
PhD: apakah sebenarnya di sebalik tabir mu?
Kadangkala aku resah memikirkan PhD. Sehari demi sehari, se-akan2 apa yang telah dibuat selama setahun, seperti tidak berapa bernilai untuk dipresentasikan. Bukannya prestasi aku buruk sehingga tiada apa hasil yang membanggakan, tetapi aku rasa tahap keyakinan aku masih lemah untuk meletakkan PhD itu dalam genggaman. Sejurus itu aku terusik, apa sebenarnya PhD ini? Semakin banyak membaca, semakin rasa banyak yang tidak diketahui, semakin rasa terlalu kebelakang diri ini untuk mengejar semula arus intelektual yang deras meneraju dunia akademik kini.
.
Di atas meja aku, penuh dengan journal paper, di rak hadapan ku penuh dengan buku2, yang penulisannya bermula sebelum aku dilahirkan lagi.. yang cuba aku maksudkan ialah, dunia barat yang sedang aku memijakkan kaki ke atasnya ini telah lebih awal menceburi bidang2 kejuruteraan ini dan aku ini ibaratnya baru ingin memulakan perjalanan mengenali dunia kejuruteraan. Mana mungkin aku mampu menguasai semuanya untuk dijadikan tempat berdiri mempertahankan hujah hasil tesis ku nanti.
.
Rasa2 ku, PhD ini tidaklah sangat menguji kehebatan intelektual, tetapi ia lebih mengukur betapa kita matang dalam mengurus intelektual tersebut. Dalam masa yang singkat (3-4 tahun), tak mungkin aku mampu menjadi seorang intelek, tetapi sebaliknya ia cukup untuk 'mempersiapkan' diri ku menjadi seorang intelek kelak.
.
PhD tidak seperti disertasi Sarjana Muda mahupun Sarjana yang perbincangan agak tumpul dan tidak sangat berkehendakkan isi-isinya itu benar2 menyumbang kepada dunia pengetahuan (Knowledge). Kemungkinan Tesis Sarjana (Master by Researh) sudah mirip kepada PhD tetapi apa yang membezakannya sudah pasti bagaimana seseorang itu mampu mengolah isi kandungannya secara matang dan bersenikan kemahiran penyelidikan. Semua tulisan itu benar2 asli (original) keluar dari benak pemikiran sendiri berdasarkan pembacaan2 yang padu, sementara sempat menjenguk dan mencuit pandangan2 orang lain yang selagu dan senada untuk dijadikan hujah, seraya cuba meletakkan persoalan dan melontarkan pertikaian sekiranya pandangan itu tidak kukuh berlatar alasan yang relevan.
.
Pembacaan pula tidaklah terlampau mencapah sehingga tiada apa rumusan yang dapat disimpulkan di penghujungnya. “Focused reading”, aku ingat lagi senior ku pernah lontarkannya ke lubuk pemikiran ku sebelum aku melangkah ke sini. 3 tahun yang singkat perlu dipenuhi dengan persiapan yang intensif, fokus dan bersistematik.
.
Hmmmm... sudah ada kah kematangan itu pada diri ku? Aku sedar, kematangan itu kadangkala dipengaruhi oleh faktor umur, tetapi ramai yang seumur dengan ku sudah pun ada yang bergelar Doktor (falsafah) sekarang ini. Cara yang terbaik ialah, berusaha untuk mematangkan diri, daripada aku menunggu kematangan itu datang sendiri menemui tuannya.
.
Kini, lebih kurang setahun aku di sini. Walaupun agak segan untuk aku banggakan diri dengan pencapaian setakat ini, tapi aku syukur dan terharu, sekurang2nya aku sedar bahawa sedikit sebanyak PhD membantu aku untuk terus matang. Kadangkala terasa diri ini lebih cerewet untuk menerima dan memberi pandangan jika ianya tidak dihiasi dengan hujah2 yang kukuh. Pertanyaan kosong yang sangat subjektif sifatnya juga membuat aku tidak suka untuk menjawab kerana ia tidak terfokus dan objektifnya kabur (contohnya"So macamana sekarang?")..
.
Dalam menyediakan laporan dan pembentangan, lebih banyak aku habiskan masa dengan menjawab sendiri persoalan2 yang aku timbulkan sehingga kadangkala tidak bergerak apa yang aku usahakan. Dalam perjalanan, pergi balik antara rumah dan universiti, selalu 'terleka' kerana asyik cuba menyusun perkara2 yang sepatutnya dilakukan sejurus selepas sampai nanti. Itu kan yang pernah cuba diterapkan oleh ibu bapa kita masa kecil, hidup berdisplinkan jadual harian (tetapi dulu aku selalu malas untuk menjadualkan kehidupan ku sendiri).
.
Apepun, bersedia atau tidak, keputusan untuk aku terus melanjutkan pengajian ke peringkat PhD, sesegera mungkin (dengan keadaan pada ketika itu ramai rakan2 lain belum bersedia dan cuba melengah2kan permohonan PhD) telah pun aku patrikan suatu ketika dulu, dengan berbekalkan sedikit keyakinan yang agak tegar walaupun kadangkala ia bergoyang dalam menangkis pengaruh rakan yang agak kencang. Lalu, sekarang, bukanlah alasan yang patut aku sajikan, keluhan tidaklah sangat akan melegakan, seharusnya aku terus berlari ke hadapan tanpa perlu berundur.. kita merancang, Allah jua merancang, namun perancangan Allah jualah yang terbaik.. Wallahu’alam..
.
Salam Perjuangan buat para pejuang PhD..

Langgan:
Catatan (Atom)